Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Kabinet Dapur AluminiumSudah tiba masanya untuk anda mengubah suai dapur anda? Atau adakah anda merancang untuk memasang kabinet dapur untuk rumah baru anda?

Jika anda mengikut trend pasaran terkini, anda mungkin akan menjadikan kabinet dapur aluminium sebagai pilihan.

Ya, aluminium adalah antara pilihan material popular untuk kabinet dapur.

semestinya anda tidak menyesal apabila tahu kelebihan material aluminium.

Malah, kabinet dapur aluminium akan lebih menonjol keindahannya berbanding dengan kabinet dapur kayu biasa atau papan gentian melalui pelbagai rekaan.

Jika anda tidak begitu pasti tentang sifat kabinet dapur aluminium, berikut adalah panduan lengkap A hingga Z.

Apa yang anda perlu tahu:

1. Apa sebenarnya Kabinet Dapur Aluminium?
2. Kenapa memilih Kabinet Dapur Aluminium BLENO?
3. 12 Kelebihan Utama Kabinet Dapur Aluminium
4. Kelemahan Kabinet Dapur Aluminium
5. Apa Yang Perlu Anda Ambil Kira Semasa Merancang Untuk Pengubahsuaian Dapur?
6. Bagaimana Memilih Kabinet Dapur Aluminium yang Terbaik?

 

1. Apa sebenarnya Kabinet Dapur Aluminium?

Kabinet dapur aluminium mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2008.

Ia dianggap sebagai satu dimensi baru dalam rekaan kabinet dapur kerana aluminium dapat menonjolkan keindahan kabinet berbanding kabinet derivatif kayu.

Seperti namanya, kabinet dapur aluminium diperbuat daripada aluminium semata-mata tanpa menggunakan sebarang material berasaskan  kayu.

A look inside full aluminium BLENO cabinetKabinet dapur berasaskan aluminium sepenuhnya, bukan sahaja terhad kepada pintu kabinet atau panel hadapan. Tetapi pelbagai bahagian kabinet anda seperti panel belakang, bingkai, laci dan rak semuanya diperbuat daripada aluminium.

Jangan terkeliru dengan kabinet dapur biasa yang hanya pintunya diperbuat daripada aluminium.

Tertanya-tanya apa yang istimewa tentang kabinet dapur aluminium?

  • Aluminium adalah logam yang stabil. Ia tidak menghakis, tidak mudah terbakar dan tidak berbau.
  • Kabinet dapur yang diperbuat daripada aluminium semestinya tahan lasak, selamat, bersih, bebas anai-anai, kalis air dan anti karat.
  • Tidak lupa juga bahawa kabinet dapur aluminium juga didatangkan dengan kemasan anggun yang jarang ditemui dalam kabinet dapur jenis lain.

Dengan kelebihan yang terdapat pada aluminium, permintaan kabinet dapur aluminium semakin meningkat, menjadikan kabinet material ini sebagai pilihan nombor satu dalam penghasilan kabinet dapur.

 

2. Kenapa memilih Kabinet Dapur Aluminium BLENO?

BLENO adalah antara pengeluar kabinet dapur aluminium terkemuka di Johor Bahru.

Memandangkan BLENO lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

BLENO Woodgrain Aluminium Kitchen Cabinet Bukit Indah JBKami telah mendapat kepercayaan daripada maklum balas pelanggan yang suka dengan hasil kerja kami dan kami berjanji untuk terus mengekalkan rekod yang baik dari segi kualiti dan mutu kerja.

Inilah yang kami tawarkan:

  • PERCUMA kerja pengukuran di lokasi
  • sebut harga PERCUMA
  • Reka bentuk dan imej kabinet dapur 3D
  • Harga yang kompetitif
  • Perkhidmatan pasca jualan yang bagus
  • Sokongan pelanggan yang sentiasa sedia berkhidmat
  • Jaminan seumur hidup untuk semua kabinet dapur aluminium

Kabinet dapur aluminium BLENO diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi dan sangat kukuh. Ia tahan lama untuk menampung tekanan jangka panjang dan kesan terhasil daripada aktiviti harian.

Tidak seperti kabinet aluminium biasa, bingkai kabinet BLENO dicantumkan dengan pelbagai lapisan aluminium.

Well structured aluminium back panelStruktur khas ini menghasilkan sokongan yang lebih kukuh dan lebih tahan lama untuk kabinet berbanding kabinet yang diperbuat daripada aluminium biasa.

Selain itu, kabinet dapur aluminium BLENO juga didatangkan dengan ciri menarik yang tiada tandingannya.

Ciri Istimewa Kabinet Dapur Aluminium BLENO:

  • Bingkai kabinet aluminium tebal untuk sokongan yang lebih kukuh
  • Engsel penahan lembut untuk semua laci dan pintu kabinet
  • Kelengkapan ‘Blum’ dan ‘Hettich’ dengan jaminan seumur hidup
  • Skru dan pengikat keluli tahan karat
  • Jaminan 1 tahun bagi kelengkapan dan aksesori biasa
  • Panel pintu dan tingkap kaca kristal yang menarik
  • Bingkai bersalut serbuk tahan lama
  • Laci kabinet dengan panel kaca sisi
  • Bingkai kabinet aluminium tebal untuk sokongan yang lebih baik

BLENO Kabinet Dapur Aluminium JB & KL

Hubungi Kami Untuk Dapatkan Sebut Harga!

3. 12 Kelebihan Utama Kabinet Dapur Aluminium

Kabinet dapur aluminium sering dibandingkan dengan kabinet kayu tradisional dari segi harga, ketahanan dan reka bentuknya.

Sejujurnya, harga kabinet dapur aluminium akan lebih mahal sedikit. Tetapi jangan lupa bahawa kabinet dapur aluminium mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding dengan kabinet kayu tradisional.

Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi kelebihan yang ditawarkan oleh kabinet dapur aluminium berbanding kabinet derivatif kayu tradisional.

Mari lihat beberapa kelebihan menakjubkan kabinet dapur aluminium.

 

3.1 Tahan Lasak

Antara bahan yang sering digunakan untuk kabinet dapur termasuklah kayu, papan partikel, MDF dan HDF, namun, material Aluminium adalah yang terbaik.

Tertanya-tanya kenapa?

Biasanya kelembapan dan haba adalah perkara selalu menjadi masalah di dapur, namun aluminium adalah satu-satunya bahan yang boleh menyelesaikan masalah kedua-duanya tanpa merosakkan kabinet.

Kabinet dapur aluminium lebih tahan lama, teguh dan lebih keras jika dibandingkan dengan kabinet dapur yang dihasilkan daripada bahan lain.

 

3.2 Prestasi Berkekalan

Bukan sesuatu yang baharu jika anda perasan kabinet dapur aluminium yang berkualiti sebenarnya mampu bertahan seumur hidup.

Rahsia kabinet dapur aluminium tahan lama terletak pada ketebalan dan struktur bingkai. Bingkai aluminium yang tebal memberikan sokongan yang lebih baik dan tidak mudah bengkok atau berubah bentuk.

BLENO uses thicker aluminium compared to other manufacturersWalau bagaimanapun, kena ingat!

Jangan terperangkap dengan menganggap semua kabinet dapur aluminium mempunyai jangka hayat yang sama.  Kualiti aluminium yang digunakan mungkin ada banyak perbezaan.

 

Petua Pakar!

Bingkai aluminium yang nipis akan menjadi rapuh dan kurang kukuh.  Kabinet aluminium berkualiti rendah terdedah kepada masalah seperti senget ke bawah atau senget ke arah tertentu dalam masa beberapa tahun sahaja.

Berhati-hati semasa memilih jenis kabinet dapur aluminium kerana anda mungkin dapat harga yang berbeza untuk saiz kabinet dapur yang sama disebabkan perbezaan pada kualiti aluminium yang digunakan.

Semua kabinet dapur yang dihasilkan di BLENO diperbuat daripada aluminium berkualiti yang tidak mudah bengkok, kemek atau senget seiring dengan peredaran masa. .

 

3.3 Kalis Air

Kelembapan adalah musuh besar kepada mana-mana kabinet dapur derivatif kayu kerana ia boleh menyebabkan bahagian kabinet melengkung dan mengelembong.

Akhirnya, kawasan yang rosak menjadi rapuh dan tidak dapat menampung beban yang berat.

Walau bagaimanapun, aluminium sepenuhnya kalis air.  Sebarang peralatan dapur  yang lembap tidak akan merosakkan kabinet dapur aluminium.

 

3.4 Tahan Bahan Kimia

Jika anda bimbang material  aluminium digunakan di tempat penyediaan makanan, berikut adalah fakta menarik yang perlu anda tahu…

Permukaan aluminium disaluti oleh lapisan oksida nipis yang menjadi perlindungan semula jadi terhadap bahan kimia.

Aluminium cabinet resistant to chemicalsMemandangkan aluminium adalah logam yang sangat stabil, ia pada dasarnya tidak bertindak balas dengan sebarang tumpahan cecair berasid ringan termasuk cuka dan sos tomato.

Warna bersalut serbuk pada bingkai kabinet dapur aluminium juga tidak luntur atau kusam apabila terkena air.  Jadi aluminium pastinya selamat digunakan pada kabinet dapur.

 

3.5 Tidak Berbau Dan Bersih

Jika anda pernah memasang kabinet dapur kayu atau kabinet papan gentian di rumah, anda mungkin biasa dengan bau yang tidak menyenangkan, masam dan hapak  datang dari dalam kabinet.

Kabinet dapur aluminium bagaimanapun tidak akan mempunyai masalah yang sama seperti kabinet dapur kayu atau papan gentian.  Aluminium tidak berbau dan lebih bersih berbanding kayu atau papan gentian.

Permukaan aluminium yang tidak berliang sebenarnya menghalangnya daripada menjadi tempat pembiakan bakteria dan mikroorganisma berbahaya.

Tidak perlu ragu, anda kena yakin bahawa kulat atau cendawan tiada peluang sama sekali untuk tumbuh di kabinet dapur aluminium.

 

3.6 Pembersihan Dan Penyelenggaraan Yang Mudah

Tidak seperti kabinet kayu atau papan gentian, kabinet dapur aluminium tidak memerlukan banyak penjagaan dan penyelenggaraan.

Kebersihan kabinet dapur aluminium hanya dikekalkan dengan mengelap kotoran, habuk dan gris dengan kain lembap.

Ease of clean and maintenance of BLENO aluminium kitchen cabinetDisebabkan kerja pembersihan dan penyelenggaraan yang mudah, kabinet dapur aluminium sesuai dengan gaya hidup tuan rumah yang sibuk bekerja.

Petua Pakar!

Walaupun aluminium tahan bahan kimia, tetapi ini tidak bermakna anda bebas menggunakan agen pembersih yang kuat semasa membersihkan.
Detergen atau bahan kimia yang kuat akan merosakkan permukaan aluminium dengan teruk dan juga menghakis ketahanannya.

3.7 Anti-Karat

Sifat aluminium yang stabil dan kemasannya yang teroksida membantu mengelakkan kabinet aluminium daripada berkarat.

BLENO menggunakan bahan aluminium tulen dan berkualiti dan beri jaminan 100% anti karat terhadap kabinet dapur anda.

Bingkai kabinet kami boleh disalut warna kelabu gelap dan bukannya warna perak matte asal aluminium.

Ianya Bukan sahaja memperbaiki penampilan keseluruhan kabinet tetapi juga memberi tuan rumah pengalaman penggunaan kabinet dapur yang berprestasi tinggi dan tahan lama.

 

3.8 Sesuai Untuk Iklim Berbeza

Kabinet dapur kayu atau papan gentian cenderung menyerap lembapan terutamanya semasa musim hujan.

Basah  atau kelembapan yang tinggi akan menyebabkan kayu atau papan gentian menjadi lembap, berubah bentuk dan juga busuk.

aluminium cabinet withstand high humidityWalau bagaimanapun, aluminium tidak terjejas oleh kelembapan sekeliling.

Dalam erti kata lain, kabinet dapur aluminium mampu bertahan dalam  iklim yang berbeza tanpa menjejaskan kegunaannya.

 

3.9 Kalis Api

Apabila bercakap tentang kabinet dapur, aluminium menyediakan aspek keselamatan tambahan dengan ciri-ciri kalis api.

Tidak seperti jenis kabinet lain yang mudah terbakar, sifat kalis api ialah  ciri  semulajadi logam aluminium.

Maksudnya, aluminium mampu menahan haba yang tinggi dan tidak mudah terbakar.

Tuan rumah boleh yakin bahawa kabinet dapur aluminium mereka akan bertahan jika berlaku sebarang insiden kebakaran yang tidak diingini.

 

3.10 Reka Bentuk Dan Warna Senang Disesuaikan

Jika anda menganggap kabinet dapur aluminium semuanya warna metalik yang membosankan dan agak tidak sesuai dengan rumah anda, anda mungkin silap!

BLENO Aluminium Kitchen Cabinet Euro Design Taman Bukit IndahKabinet dapur aluminium BLENO boleh disesuaikan  dengan banyak warna dan reka bentuk kesukaan anda.

BLENO Woodgrain Aluminium Kitchen Cabinet Taman Bukit DahliaDaripada reka bentuk dan susunan kabinet, material panel pintu sehinggalah warna bingkai kabinet, pelanggan bebas untuk mengikut citarasa mereka dalam menghasilkan kabinet dapur eksklusif untuk anda.

BLENO Aluminium Kitchen Cabinet Taman Idaman Kluang

 

3.11 Mesra Alam

Jika anda seorang pencinta alam sekitar, ini mungkin salah satu sebab terbaik kenapa anda harus memilih kabinet dapur aluminium.

Aluminium adalah logam yang paling mesra alam di bumi!

Tidak seperti kabinet dapur kayu atau MDF yang dihasilkan daripada bahan yang memerlukan kita melakukan aktiviti penebangan hutan, kabinet dapur aluminium sebaliknya menggunakan aluminium yang 100% boleh dikitar semula, sifar sisa dan lestari sepenuhnya!

 

3.12 Anti Anai-Anai

Salah satu kebimbangan utama kebanyakan pemilik rumah ialah kabinet dapur kayu atau papan gentian terdedah kepada serangan perosak terutamanya anai-anai.

Anti termite BLENO aluminium kitchen cabinetDengan memilih kabinet dapur aluminium, anda boleh mengurangkan masalah serangan perosak.

Terima kasih kepada permukaan aluminium yang tidak berliang, serangga perosak dan serangan anai-anai boleh dicegah dengan berkesan.

BLENO Kabinet Dapur Aluminium JB & KL

Hubungi Kami Untuk Dapatkan Sebut Harga!

4. Kelemahan Kabinet Dapur Aluminium

Memandangkan tiada yang sempurna di dunia ini, kabinet dapur aluminium mungkin mempunyai beberapa kelemahan kecil yang perlu anda ketahui.

Tetapi jangan panik! Kami sedia membantu anda.

Teruskan membaca untuk mengetahui penyelesaian kami tawarkan untuk memperbaiki setiap kelemahan ini.

 

4.1 Bunyi Dentuman

Kabinet dapur aluminium boleh menjadi bising kerana bunyi logam berlaga semasa pintu kabinet atau laci ditutup.

Tetapi jangan risau!  Isu ini boleh diselesaikan dengan mudah di BLENO.

BLENO uses German made Hettich hingesBLENO menggunakan engsel penutup lembut berkualiti yang diimport dari Jerman dan dipasang oleh pemasang yang berpengalaman tinggi , semua pintu kabinet dan laci boleh ditutup dengan senyap dan lancar.

 

4.2 Logam Lembut

Memandangkan aluminium ringan dan lembut, ia mungkin terdedah kepada lekukan.

Untuk mengatasi kelemahan sifat aluminium ini, BLENO telah memikirkan penyelesaian dengan menggunakan panel aluminium yang lebih tebal dipadankan dengan struktur sokongan yang direka khas.

Gabungan sedemikian telah membolehkan BLENO menghasilkan beribu-ribu kabinet dapur aluminium yang tahan lasak, tahan berat dan cukup tahan lama untuk menghadapi ujian seiring dengan masa.

 

4.3 Kekangan Reka Bentuk

Kebanyakan orang mendapati warna metalik kabinet dapur aluminium adalah terhad kepada padanan untuk reka bentuk moden dan kontemporari sahaja.

Woodgrain Kitchen Cabinet Door 1BLENO melangkah ke hadapan dalam rekaan kabinet dapur aluminium, sekaligus menawarkan beberapa gaya terkini termasuk serbuk kayu klasik tradisional, kaca cermin elegan serta reka bentuk putih kristal yang anggun.

BLENO Kabinet Dapur Aluminium JB & KL

Hubungi Kami Untuk Dapatkan Sebut Harga!

5. Apa Yang Perlu Anda Ambil Kira Semasa Merancang Untuk Pengubahsuaian Dapur?

5.1 Berapa Kerap Anda Memasak?

Jika anda memasak setiap hari, anda perlu mengambil sedikit masa untuk merancang ruang untuk memasang laci, kabinet dan aksesori yang anda suka.

Ingat, dapur yang praktikal dan berfungsi dengan baik harus menjadi keutamaan anda.

 

5.2 Apakah Kebiasaan Kaedah Memasak Anda?

Jika anda cenderung untuk menggoreng atau membakar, maka anda mungkin perlu memasang penyedut asap dapur yang boleh melakukan tugas berat untuk pengudaraan yang lebih baik.

Aluminium kitchen suitable to heavy usageApa yang anda perlu lakukan ialah merancang pemasangan kabinet dapur anda dengan ukuran khusus bersesuaian dengan penyedut asap dapur terpilih.

Pengukur akan menganggarkan ruang kosong yang diperlukan untuk penyedut asap dapur anda.

 

5.3 Sejauh Manakah Anda Mementingkan Kualiti?

Adakah anda sedang mencari kabinet dapur yang tahan lasak dan berfungsi dengan baik?

Pastikan pertama sekali anda memilih material yang betul  untuk kabinet kerana ia adalah kunci kepada penghasilan kabinet dapur tahan lebih lama.

Peringatan:

Jangan sekali-kali  terperangkap dengan memilih kabinet dapur aluminium yang lebih murah dan mengharapkan mempunyai kualiti yang baik.  Hakikatnya ialah anda sentiasa akan dapat apa yang anda bayar.

BLENO menghasilkan kabinet dapur berkualiti tinggi yang disertakan jaminan 10 tahun.  Semua kabinet dapur kami diperbuat daripada aluminium kukuh yang tidak mudah kemek atau rosak.

 

5.4 Berapa Besar Dapur Anda?

Apabila cakap mengenai rekaan dapur anda, pastikan terdapat ruang yang cukup untuk gaya dan susunan yang anda inginkan.

BLENO Aluminium Kitchen Cabinet Bandar Seri AlamJika dapur anda tidak cukup besar, jangan sekali-kali mengambil risiko untuk mempunyai pulau dapur kerana ia akan membuatkan ruang dapur anda kelihatan bersepah.

 

5.5 Apakah Keperluan Asas Untuk Dapur Anda?

Ikuti rutin memasak anda dan catat perkara tertentu yang anda suka.

Contohnya rak di atas singki, laci kutleri di sebelah dapur, ruang penyimpanan, saiz sinki dapur anda dan sebagainya.

 

5.6 Berapakah Bajet Anda?

Memandangkan kabinet dapur mahal, anda perlu memahami butiran penting dan membuat pertimbangan yang teliti sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Budget of aluminium kitchen cabinetPercaya atau tidak, ia akan elak anda daripada terbeban dengan jumlah yang perlu anda bayar pada kemudian hari.

Sudah tentu, bajet anda harus ditetapkan mengikut harga pasaran yang realistik.

Luangkan sedikit masa untuk membandingkan harga berdasarkan setiap kaki untuk pelbagai jenis kabinet. Lebih baik, jika anda boleh minta beberapa sebut harga daripada sumber yang berbeza untuk tujuan perbandingan.

 

5.7 Apakah Yang Boleh Saya Tambahbaik Daripada Kabinet Dapur Saya Sekarang?

Belajar daripada kesilapan dengan mengenal pasti apa yang tidak kena dengan kabinet dapur anda sekarang.

Bekerjasama dengan pakar kabinet dapur anda dan perbaiki kesalahan tersebut dalam merancang kabinet dapur baharu anda.

 

5.8 Apakah Jenis Kabinet Dapur Yang Anda Suka?

Terdapat banyak jenis kabinet dapur di pasaran.

Anda akan mendapati kebanyakan kabinet dapur biasanya diperbuat daripada papan gentian.

Medium-Density Fiberboard (MDF) Kitchen CabinetKabinet dapur kayu jarang dilihat kerana materialnya susah dapat dan kos juga mahal.

Jika anda mencari kualiti dan estetik, pertimbangkan untuk memilih kabinet dapur aluminium kerana ia adalah antara yang terbaik.

BLENO Aluminium Kitchen Cabinet Taman Laman Setia JBInilah yang anda harus sentiasa ingati: Jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru dan menyesal di kemudian hari. Sebaliknya, buat kajian dan perbandingan sebelum memutuskan pilihan untuk kabinet dapur anda.

BLENO Kabinet Dapur Aluminium JB & KL

Hubungi Kami Untuk Dapatkan Sebut Harga!

6. Bagaimana Memilih Kabinet Dapur Aluminium yang Terbaik?

Dengan semua kelebihan dan ciri-ciri luar biasa aluminium, tidak hairanlah kabinet dapur aluminium telah menjadi jenis material yang paling diburu dalam pembuatan kabinet dapur.

Tetapi ingat, tidak semua kabinet dapur aluminium menawarkan kualiti dan hasil yang sama.

Mari kita tengok kriteria penting untuk dipertimbangkan apabila memilih kabinet dapur aluminium terbaik.

 

6.1 Kualiti Aluminium

Memandangkan aluminium adalah bahan utama yang digunakan dalam kebanyakan bahagian kabinet, maka memilih aluminium berkualiti baik akan memberi ketahanan kabinet dapur yang lebih baik.

Aluminium berkualiti tinggi biasanya datang dengan ketebalan tertentu. Bingkai kabinet dan panel belakang yang menggunakan aluminium nipis mungkin tidak cukup kuat untuk menampung beban dan berat yang diperlukan.

Thick aluminium for BLENO kitchen cabinetDi sinilah anda harus memberi perhatian kepada: Aluminium yang digunakan tidak boleh nipis, bengkok atau mudah rosak.

BLENO pakar dalam pemilihan material kerana ini adalah kunci utama untuk menghasilkan kabinet dapur tahan lama.

BLENO TeamBahan aluminium yang digunakan oleh BLENO adalah berkualiti tinggi dengan ketebalan dan kekuatan yang menepati piawaian.

 

6.2 Material Permukaan Meja

Permukaan meja juga dikenali sebagai atas meja atau kerja atas.

Terdapat banyak jenis material permukaan meja yang terdapat di pasaran. Setiap material mempunyai sifat yang berbeza.

Untuk memudahkan anda, berikut ialah perbandingan terperinci antara setiap material untuk permukaan meja.

Komposisi Tahan Haba Tahan Kotor Tahan Calar Lingkungan Harga Penyelenggaraan
Granit Batu semulajadi Daya tahan haba tinggi Permukaan berliang, mungkin kotor Daya tahan calar tinggi  Lingkungan harga rendah hingga mahal Memerlukan pembersihan segera selepas tumpahan, penampalan tahunan diperlukan
Kuarza Batu kejuruteraan Daya tahan haba sederhana Permukaan tidak berliang, tahan kotoran Daya tahan calar sangat tinggi

 

Lingkungan harga sederhana hingga mahal elakkan sentuhan langsung dengan objek panas
Marmar batu semulajadi Daya tahan haba tinggi Permukaan yang sangat berliang, mudah kotor Lembut, senang calar Lingkungan harga mahal Tampalan semula permukaan diperlukan setiap tahun
Permukaan Pepejal Resin sintetik Daya tahan haba sederhana Permukaan tidak berliang, kurang kotoran Daya tahan calar sederhana Lingkungan harga rendah hingga sederhana Penambahbaikan dari semasa ke semasa (cth. tutup kesan terbakar dan lubang dengan sagat kertas pasir)
Jubin Tanah liat, mineral Daya tahan haba tinggi Separa berliang, tahan kotor sederhana Daya tahan calar sederhana Lingkungan harga rendah Jaga kebersihan untuk mengelakkan pembentukan bakteria atau kulat di antara ruang  jubin

Kabinet dapur aluminium BLENO dihasilkan dengan menggunakan bahagian atas granit terpilih atau kuarza berkualiti, namun masih bergantung pada pilihan individu.

BLENO quartz and granite counter tops

Pelbagai warna dan tekstur batu granit dan kuarza tersedia untuk pilihan anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan kabinet dapur dengan batu berkualiti tinggi dan tahan lama, anda dialu-alukan untuk datang ke bilik pameran kami bagi melihat rekaan dan warna yang disediakan.

 

6.3 Pintu Kabinet, Bingkai Dan Panel Hadapan

Tidak seperti kabinet dapur kayu atau papan gentian, kabinet dapur aluminium menggunakan pintu aluminium dan panel hadapan sahaja.

anda bimbang semasa hendak membuat pilihan segi gaya dan rekaan, jangan risau!

Custom-made BLENO aluminium kitchenTerdapat banyak warna dan reka bentuk pintu aluminium dan panel hadapan untuk anda pilih.

Kabinet dapur aluminium BLENO dibuat khas untuk anda.

BLENO Woodgrain Aluminium Kitchen Cabinet Tmn Setia IndahAnda boleh gabung dan memadankan kabinet anda dengan warna dan gaya yang berbeza dan kami akan menghasilkannya secara eksklusif untuk anda.

Dalam erti kata lain, tuan rumah yang menggunakan hasil kabinet dari  BLENO tidak akan terserempak dengan gaya dan rekaan bentuk kabinet dapur yang sama di rumah orang lain.

BLENO Woodgrain Aluminium Kitchen Cabinet Taman Serimbun Bukit IndahDi kalangan pakar kabinet dapur di Johor Bahru, BLENO sentiasa selangkah ke hadapan dalam menawarkan rekaan dan penghasilan pintu kabinet, panel hadapan dan reka bentuk keseluruhan terkini.

BLENO Woodgrain Aluminium Kitchen Cabinet Subang JayaPintu kabinet BLENO boleh didapati dalam dua kategori berbeza iaitu 5mm, 7mm 3G, 4G dan juga pintu 5G tanpa bingkai 0mm.

Warna bingkai pintu juga boleh disalut serbuk menjadi hitam, putih atau perak mengikut pilihan individu.

BLENO poweder coated cabinet door frame

Berminat untuk melihat reka bentuk terkini? Singgah ke bilik pameran kami untuk lihat contoh!

 

6.4 Fungsi Dan Hasil

Terdapat dua faktor utama yang mempengaruhi fungsi dan penampilan kabinet dapur aluminium.

Jelas sekali, faktor pertama merangkumi perkakasan dan bahagian kabinet. Adalah penting bagi tuan rumah untuk memastikan kualiti kelengkapan kabinet seperti engsel pintu, sistem laci dan lif hidraulik.

BLENO menggunakan kelengkapan kabinet berjenama dan berkualiti tinggi termasuk ‘Blum’ dan ‘Hettich’. Kelengkapan ini asalnya diimport dari Jerman dan dilindungi dengan jaminan seumur hidup. Skru keluli tahan karat juga digunakan untuk menjadikan  kabinet dapur aluminium tahan lama.

BLUM hydraulic lift system used by BLENOUntuk mendapatkan kabinet yang berfungsi dengan baik dengan hasil terbaik, kelengkapan kabinet berkualiti tinggi masih tidak mencukupi.

Pemasang kabinet yang berpengalaman juga memainkan peranan penting dalam hal ini, yang membawa kita kepada faktor kedua iaitu untuk mendapat hasil yang baik.

Semua pemasang kabinet dari BLENO adalah terlatih, mahir dan mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam pemasangan kabinet dapur. Ini boleh memastikan kabinet dapur anda dapat dipelihara dengan baik.

BLENO cabinet installationKabinet dengan kelengkapan berkualiti rendah dan pemasangan yang tidak sempurna tidak akan dapat bertahan lama. Kabinet anda akan berakhir dengan pintu dan laci yang berbunyi bising.

Dalam kes yang paling teruk, anda juga akan menghadapi kesukaran untuk menutup pintu kabinet sepenuhnya. Walau bagaimanapun, anda tidak akan menemui masalah ini pada kabinet dapur aluminium BLENO.

BLENO berbangga dengan kualiti kerja pasukannya. Semua kabinet dapur kami dilindungi dengan jaminan seumur hidup.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan selepas pemasangan, pasukan pasca jualan kami akan berada di sini untuk membantu anda.

BLENO Kabinet Dapur Aluminium JB & KL

Hubungi Kami Untuk Dapatkan Sebut Harga!

6.5 Ciri Praktikal Dan Bergaya

Dapur praktikal tidak perlu berkompromi dengan gaya.

Malah, anda boleh memenuhi kedua-dua ciri praktikal dan estetik dalam rekaan dapur anda!

BLENO Aluminium Kitchen Cabinet BangiApa yang anda perlu lakukan ialah memasukkan ciri ergonomik, jenis laci pilihan dan susun atur segi tiga kerja standard dalam pelan dapur anda.

Mari kita pergi ke setiap bahagian penting ini satu demi satu.

(i) Ciri-ciri Ergonomik

Jangan sekali-kali ketinggalan untuk memasukkan ciri ergonomik dalam pelan dapur anda.

Percaya atau tidak, dapur yang direka secara ergonomik menawarkan kelebihan yang jauh lebih baik daripada apa yang anda bayangkan.

BLENO Aluminium Kitchen Cabinet Taman Pelangi IndahDapur dengan ciri ergonomik membantu meningkatkan keselamatan dan membolehkan anda memasak dengan postur yang betul tanpa menegangkan punggung anda.

BLENO membantu anda untuk mereka kabinet dapur ergonomik dengan menyesuaikan ketinggian permukaan meja dan meletakkan kabinet pelekap di dinding mengikut pilihan anda.

 

(ii) Jenis Tempat Simpan Barang

Adakah anda tahu terdapat pelbagai jenis tempat simpan barang yang terdapat dalam rekaan dapur?

Selain daripada kabinet dan laci biasa, anda juga boleh menambah unit paparan lutsinar untuk mempamerkan koleksi barangan kaca mewah anda.

BLENO glass cabinet doorJika anda memilih gaya yang lebih cantik, anda juga boleh memilih kabinet yang dipasang di dinding tanpa pintu.

Bagi mereka yang membuat rujukan di Instagram atau Pinterest, anda pasti akan selalu tengok rekaan rak terapung. Rak terapung ini berada di mana-mana tempat yang anda selalu capai. Mungkin anda perlu memilih salah satu daripada ini juga!

BLENO menawarkan ukuran percuma di lokasi dan menyediakan lukisan grafik 3D untuk pelanggan lebih jelas dengan pelan dapur mereka. Jadi jangan ragu -ragu untuk mencuba idea penyimpanan kreatif ini dan menjadikannya sebahagian daripada dapur impian anda!

 

(iii) Segitiga Ajaib

Kecekapan adalah sangat penting apabila melakukan tugasan memasak, terutamanya apabila anda mengejar masa atau merancang untuk menjamu selera dengan cepat.

Di sinilah segitiga ajaib berfungsi untuk menjimatkan lebih banyak masa dan tenaga anda. Selain itu, ciri kecil ini juga meminimumkan pergerakan di dalam dapur dan mengurangkan gangguan terhadap tukang masak.

Jadi, apakah segitiga ajaib ini?

Ia adalah peraturan rekaan dapur standard yang menghubungkan zon kerja yang berbeza ke dalam segitiga bayangan.

Konfigurasi asas ini mengoptimumkan susun atur dapur sambil memastikan ruang kerja utama senang dicapai tanpa susah-payah berjalan jauh.

Berikut ialah beberapa susun atur dapur segi tiga ajaib.

Magic work triangle layout for kitchenKabinet dapur aluminium BLENO adalah fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut sebarang susun atur yang dikehendaki.

Pereka kami juga akan menyediakan pelanggan dengan reka letak grafik 3D sebelum setiap projek bermula.

BLENO Kabinet Dapur Aluminium JB & KL

Hubungi Kami Untuk Dapatkan Sebut Harga!

Ini Panggilan Untuk Anda!

Kita semua tahu bahawa matlamat akhir bagi kebanyakan tuan rumah adalah untuk memiliki kabinet dapur bergaya yang diidamkan, berfungsi dengan baik dan tahan lama.

Lagipun, siapa yang mahu mendapatkan hasil dan perkhidmatan yang tidak berbaloi dengan harga yang dibayar?

Dari segi harga dan kualiti, BLENO boleh menjadi salah satu pakar kabinet dapur aluminium terbaik yang terdapat di Johor Bahru.

BLENO TeamHubungi kami atau hantar mesej kepada kami dan pasukan jualan kami akan menghubungi anda segera!

BLENO Kabinet Dapur Aluminium JB & KL

Hubungi Kami Untuk Dapatkan Sebut Harga!